Perjalanan Ilmiah
March 8, 2010PROGRAM TA'AWUN
Melalui kaedah Ta’awun yang di anjurkan oleh Al-Yaqeen Resources adalah melalui program-program Ilmiah : -
• Kursus Haji dan Umrah ( Perdana dan Bersiri )
• Kursus Bahasa Arab Perbualan
• Kursus Pengajian Al-Quran dan Tajweed Al-Quran
Kursus Haji dan Umrah yang dilaksanakan oleh pihak Al-Yaqeen Resources terdiri dari dua pringkat iaitu Kursus Haji, Umrah Perdana dan Kursus Haji, Umrah bersiri
Kursus Haji Dan Umrah Perdana :-
Kursus untuk 1 hari bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 6.30 petang , Makan & Minum Di sediakan ( Pagi, Tengah Hari dan Minum Petang) semasa menghadiri kursus peserta akan memperolehi set Umrah / barangan seperti berikut :-
-
Kain Ihram
-
Kupiah
-
Telekung bersama sejadah
-
Tasbih Digital dengan kompas
-
Surah Yasin dan terjemahan
-
Sejadah untuk muslimin
-
Buku Panduan Kursus Haji dan Umrah
-
Buku Pengajian Bahasa Arab
-
Perlindungan Takaful ( PA ) serta Khairat Kematian
-
Sijil Penyertaan dari pihak syarikat
Kursus Haji dan Umrah bersiri
Kursus untuk 2 bulan, sebanyak 8 kali dan bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 1.00 Tengah Hari .
Objketif Kursus : -
- Memberikan pendedahan secara ilmiah kepada para peserta tentang falsafah, hikmah dan matlamat ibadah Haji dan Umrah.
- Membantu bakal-bakal haji mengenal pasti masalah-masalah yang sering timbul semasa melaksanakan ibadah Haji dan Umrah dan jalan penyelesaiannya.
- Membentuk persediaan jiwa dan rohani yang mantap sebagai persiapan awal untuk menjadi tetamu Allah SWT.
- Memberi kupasan menyeluruh tentang permasalahan fiqh yang berkaitan dengan ibadah mulia ini.
- Menyemai ruh persaudaraan dalam kalangan jemaah haji
Kursus yang dianjurkan oleh pihak Al-Yaqeen Resources akan diadakan sebanyak 8 kali selama 2 bulan bermula dari jam 8.00 pagi – 10.00 pagi .
Objektif kursus : -
- Untuk mempertingkatkan kebolehan peserta kursus menyebut, membaca dan menulis perkataan, ungkapan dan ayat mudah dalam Bahasa Arab
- Mempertingkatkan kebolehan peserta-peserta kursus bertutur menggunakan perbualan harian dengan mudah
Kursus Pengajian Tajweed Al-Quran
Pihak Al-Yaqeen Resources akan mengadakan kelas pengajian dalam tempoh Setahun, dan pengajiannya 2 kali seminggu bersamaan 144 jam setahun. Pengajian bermula dari jam 8.00 pagi – 9.30 pagi selama sejam setengah.
Objektif kursus : -
· Galakan kepada murid-murid untuk mempelajari Al-Quran dari umur yang seawal-awalnya.
· Sebagai dorongan kepada murid-murid supaya menghabiskan bacaan 30 juz Al-Quran sebelum mencapai umur 10 tahun.
· Supaya menjadi amalan berterusan kepada murid-murid untuk membaca Al-Quran sehingga dewasa
· Pengajian Al-Quran dan Tajweed Al Quran untuk peserta dewesa
Posted by Ideas'Rulzam.
AL-YAQEEN RESOURCES. ialah sebuah syarikat milik Bumiputra yang beroperasi sebagai memberi perkhidmatan didalam kursus ilmiah kepada Muslimin dan Muslimat.Melalui kursus ilmiah ini kami wujudkan program Ta’Awun bagi membantu peserta yang tidak berkemampuan untuk mengerjakan umrah. Pengertian Ta’Awun di dalam Islam ialah - “ Dan tolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa ” (Surah Al-Maaidah ayat 2 ).
Melalui program yang kami anjurkan, kami mengambil peluang untuk memperkenalkan syarikat di mana kami berharap dengan wujudnya program ini dapat menjalinkan hubungan antara pihak kami dengan pihak-pihak yang terlibat.
Niat suci kami memberi peluang untuk Muslimin dan Muslimat mengerjakan umrah, melalui program Ta’Awun.
Kekuatan AL-YAQEEN RESOURCES adalah terletak di dalam wawasan serta komitmen kami kepada peserta , serta niat suci untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya Muslimin dan Muslimat untuk mengerjakan umrah melalui program yang kami sediakan.
AL-YAQEEN RESOURCES telah menyediakan tenaga-tenaga pengajar yang bertauliah dan berpengalaman untuk mengendalikan pakej-pakej kursus umrah,haji,Bahasa Arab dan Pengajian Al-Quran serta Tajweed .
Perkhidmatan kami kombinasi terbaik antara aturcara perjalanan ilmiah dengan bayaran pakej kursus yang mampu di sertai oleh mana-mana golongan masyarakat.
Oleh itu kami mampu untuk memberikan anda perkhidmatan terbaik melalui kombinasi perjalanan ilmiah serta bayaran pakej yang mampu disertai oleh setiap peserta.
Berlandaskan kepada ciri-ciri di atas, kami percaya syarikat kami mampu memberikan kepuasan kepada kehendak peserta dan syarikat-syarikat yang ingin menyertai atau memberi sumbangan untuk menjayakan program ini.