PROGRAM TA'AWUN 


Melalui kaedah Ta’awun yang di anjurkan oleh Al-Yaqeen Resources adalah melalui program-program Ilmiah : -

          Kursus Haji dan Umrah   ( Perdana dan Bersiri )

          Kursus Bahasa Arab Perbualan 

          Kursus Pengajian Al-Quran dan Tajweed Al-Quran


Kursus Haji dan Umrah yang dilaksanakan oleh pihak Al-Yaqeen Resources terdiri dari dua pringkat iaitu Kursus Haji, Umrah Perdana dan Kursus Haji, Umrah bersiri


 
Kursus Haji Dan Umrah Perdana :-  


Kursus untuk 1 hari bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 6.30 petang ,
Makan & Minum Di sediakan ( Pagi, Tengah Hari dan Minum Petang) semasa menghadiri kursus peserta akan memperolehi set Umrah / barangan seperti berikut :-

  • Kain Ihram
  • Kupiah
  • Telekung bersama sejadah
  • Tasbih Digital dengan kompas
  •  Surah Yasin dan terjemahan
  •  Sejadah untuk muslimin
  •  Buku Panduan Kursus Haji dan Umrah 
  •  Buku Pengajian Bahasa Arab
  • Perlindungan Takaful ( PA ) serta Khairat Kematian 
  • Sijil Penyertaan dari pihak syarikat
 

Kursus Haji dan Umrah bersiri   

Kursus untuk 2 bulan, sebanyak 8 kali dan bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 1.00 Tengah Hari .

Objketif Kursus : -

  •  Memberikan pendedahan secara ilmiah kepada para peserta tentang falsafah, hikmah dan matlamat ibadah Haji dan Umrah.
  • Membantu bakal-bakal haji mengenal pasti masalah-masalah yang sering timbul semasa melaksanakan ibadah Haji dan Umrah dan jalan penyelesaiannya.  
  •  Membentuk persediaan jiwa dan rohani yang mantap sebagai persiapan awal untuk menjadi   tetamu Allah SWT.
  •  Memberi kupasan menyeluruh tentang permasalahan fiqh yang berkaitan dengan ibadah mulia  ini.
  • Menyemai ruh persaudaraan dalam kalangan jemaah haji
Kursus Bahasa Arab

Kursus  yang dianjurkan oleh pihak Al-Yaqeen Resources  akan diadakan sebanyak 8 kali selama 2 bulan bermula  dari  jam 8.00 pagi – 10.00 pagi .

Objektif kursus : -

  • Untuk mempertingkatkan kebolehan peserta kursus menyebut, membaca dan menulis perkataan, ungkapan dan ayat mudah dalam Bahasa Arab
  • Mempertingkatkan kebolehan peserta-peserta kursus bertutur menggunakan perbualan harian dengan mudah

 

Kursus Pengajian Tajweed Al-Quran 

Pihak Al-Yaqeen Resources akan mengadakan kelas pengajian dalam tempoh Setahun, dan  pengajiannya 2  kali seminggu bersamaan 144 jam setahun. Pengajian bermula dari jam 8.00 pagi – 9.30 pagi  selama sejam setengah.


 

 Objektif kursus  : -


 

·         Galakan kepada murid-murid untuk mempelajari Al-Quran dari umur yang seawal-awalnya.

·         Sebagai dorongan kepada murid-murid supaya menghabiskan bacaan 30 juz Al-Quran sebelum mencapai umur 10 tahun.

·        Supaya menjadi amalan berterusan kepada murid-murid untuk membaca Al-Quran sehingga dewasa

   ·      Pengajian Al-Quran dan Tajweed Al Quran untuk peserta dewesa