Perjalanan Ilmiah
March 8, 2010PROGRAM TA'AWUN
Melalui kaedah Ta’awun yang di anjurkan oleh Al-Yaqeen Resources adalah melalui program-program Ilmiah : -
• Kursus Haji dan Umrah ( Perdana dan Bersiri )
• Kursus Bahasa Arab Perbualan
• Kursus Pengajian Al-Quran dan Tajweed Al-Quran
Kursus Haji dan Umrah yang dilaksanakan oleh pihak Al-Yaqeen Resources terdiri dari dua pringkat iaitu Kursus Haji, Umrah Perdana dan Kursus Haji, Umrah bersiri
Kursus Haji Dan Umrah Perdana :-
Kursus untuk 1 hari bermula dari jam 8.00 pagi sehingga jam 6.30 petang , Makan & Minum Di sediakan ( Pagi, Tengah Hari dan Minum Petang) semasa menghadiri kursus peserta akan memperolehi set Umrah / barangan seperti berikut :-
-
Kain Ihram
-
Kupiah
-
Telekung bersama sejadah
-
Tasbih Digital dengan kompas
-
Surah Yasin dan terjemahan
-
Sejadah untuk muslimin
-
Buku Panduan Kursus Haji dan Umrah
-
Buku Pengajian Bahasa Arab
-
Perlindungan Takaful ( PA ) serta Khairat Kematian
-
Sijil Penyertaan dari pihak syarikat
Kursus Haji dan Umrah bersiri
Kursus untuk 2 bulan, sebanyak 8 kali dan bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 1.00 Tengah Hari .
Objketif Kursus : -
- Memberikan pendedahan secara ilmiah kepada para peserta tentang falsafah, hikmah dan matlamat ibadah Haji dan Umrah.
- Membantu bakal-bakal haji mengenal pasti masalah-masalah yang sering timbul semasa melaksanakan ibadah Haji dan Umrah dan jalan penyelesaiannya.
- Membentuk persediaan jiwa dan rohani yang mantap sebagai persiapan awal untuk menjadi tetamu Allah SWT.
- Memberi kupasan menyeluruh tentang permasalahan fiqh yang berkaitan dengan ibadah mulia ini.
- Menyemai ruh persaudaraan dalam kalangan jemaah haji
Kursus yang dianjurkan oleh pihak Al-Yaqeen Resources akan diadakan sebanyak 8 kali selama 2 bulan bermula dari jam 8.00 pagi – 10.00 pagi .
Objektif kursus : -
- Untuk mempertingkatkan kebolehan peserta kursus menyebut, membaca dan menulis perkataan, ungkapan dan ayat mudah dalam Bahasa Arab
- Mempertingkatkan kebolehan peserta-peserta kursus bertutur menggunakan perbualan harian dengan mudah
Kursus Pengajian Tajweed Al-Quran
Pihak Al-Yaqeen Resources akan mengadakan kelas pengajian dalam tempoh Setahun, dan pengajiannya 2 kali seminggu bersamaan 144 jam setahun. Pengajian bermula dari jam 8.00 pagi – 9.30 pagi selama sejam setengah.
Objektif kursus : -
· Galakan kepada murid-murid untuk mempelajari Al-Quran dari umur yang seawal-awalnya.
· Sebagai dorongan kepada murid-murid supaya menghabiskan bacaan 30 juz Al-Quran sebelum mencapai umur 10 tahun.
· Supaya menjadi amalan berterusan kepada murid-murid untuk membaca Al-Quran sehingga dewasa
· Pengajian Al-Quran dan Tajweed Al Quran untuk peserta dewesa
Posted by Ideas'Rulzam.